19 November 2016

Live :: Hari Suai Mesra Tahun satu 2017 (SKLK)

Assalamualaikum...

Bersiaran secara langsung dari sekolah rendah abang Eusoff untuk Hari Suai Mesra Tahun satu 2017, Sek Kebangsaan Lembah Keramat.



Sehabis baik stabilkan mood abang Eusoff pagi ni.. dan ulang-ulang cakap abang Eusoff dah big boy dan abang good boy.. Senyum melerek dia...

Alhamdulillah emosi stabil.

Sesampai di sekolah sedikit terkejut dan teruja dia bila tengok ramai kawan-kawan yang sama macam dia menggalas bag sekolah.. berkasut.. dan semua pun diammm je.... muka ketat belaka..hihi..
Yang happy go lucky pun ada je☺


Apa yang mama takut..... tak berlaku pun... abang nampak sangat rileks je.. boleh beratur dalam barisan bersama kawan-kawan mengikut nombor bilik sebelum masuk ke kelas untuk ujian.


Sempat menitip nasihat terakhir untuk abang, "jawab elok-elok soalan ye sayang... mana yang tak tahu..cuba-cuba tanya cikgu.. kot la cikgu baik nak tolong.. Abang good boy.. and abang can do it!"

Abang angguk dan senyummmm...😊



Mama papa dan adik Elyass masuk dewan untuk taklimat.

Abang dah masuk kelas dah. Mama tarik nafas panjang-panjang... redha atas apa sahaja kemampuan abang Eusoff menjawab soalan. Bukan nak ambik exam UPSR pun... sekadar penentuan kelas cuma.

Hari ni seharian urusan untuk persekolahan abang je. Lepas siap urusan pagi ini, terus nak mencari barang-barang sekolah abang untuk sekolah rendah dan sekolah agama.

☺ Ada emak ayah yang macam saya, menghadiri majlis suai mesra tahun satu 2017 untuk anak-anak?? Saya doakan semoga dipermudahkan urusan. 

Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015