01 March 2016

Selesai daftar persekolahan abang tahun 1, 2017

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 1 Mac 2016, selesai tanggungjawab mama daftar abang untuk kemasukan tahun 1 sesi 2017. Lega.. sebab satu tahun tau mama membilang hari untuk pendaftaran abang ke tahun satu ni. Bimbang mama papa terlepas pandang, akibatnya abang takde penempatan sekolah yang berdekatan. Kesian abang..

Pagi-pagi tadi dapat info pasal pendaftaran tahun 1 sesi 2017/2018, dah boleh dibuat bermula hari ini, jadi mama laju-laju la register. Dah print pun borang yang complete diisi untuk dibawa ke sekolah yang dipilih.

Jumaat nanti, mama papa ambil cuti la untuk uruskan pula penyerahan borang yang diprint ni ke sekolah. Dengar cerita pengalaman ibu-ibu yang dah pernah melalui proses ini, beberapa kali juga la kena pergi sekolah, kang nanti kena check on-line pulak, kena ke sekolah lagi.. dan kena check on-line lagi.. 

Penat pulak mendengar ye kalau macam tu.. tapi takpe la..., kita follow je benda yang memang patut dibuat. Asalkan abang Eusoff boleh bersekolah tahun 1 2017 nanti. 10 bulan je lagi dah.. bukan la satu tempoh yang panjang pun.

Debaran makin terasa sebenarnya... :)


Bagi mak ayah yang bermastautin area Selangor dan Putrajaya, jika masih belum berbuat demikian, boleh la ke :

https://public.moe.gov.my

dan ikut langkah-langkah kat situ. Mudah aje..  Jangan lambat ye..







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015