23 March 2013

Rere & Abad

Assalamualaikum..


Lama dah tak berentry pasal nanak. Bermusim sungguh..kalau dah start bercerita pasal dia…memanjang je la entry si comel tu,sampai berminggu-minggu. Kalo tak… lame lah menyepi…keluar lak citer-citer pasal hal ehwal kehidupan yang lain. Yang pastinya, semuanya adalah cerita keindahan kehidupan kami. Bukan kata takde yang tak indah… sudah tentu lah ada.. tapi yang tu tak yah lah nak dicerita/dikongsi. Kamu-kamu yang membaca pun tentu naik rimas dan bosan mendengar cerita-cerita tak best kan?
Cerita-cerita begitu tak perlu lah dikongsi.. cukup lah sendiri yang tahu… sendiri tangani..dan lupakan lah sahaja… Buka lembaran baru, mulakan sesuatu yang baru..Yang berlalu jadikan pengajaran dan pembelajaran.
Perkongsian di blog/fb/twitter segala bagai bukanlah menjanjikan jalan penyelesaian pun kan? Lagi mengeruhkan keadaan ada la…
Sebab tu entry-entry haruslah perkara-perkara ceria/bahagia/suka/gembira/warna-warni…agar pembaca blog pun leh merasai aura kegembiraan tersebut. Diorang pun dapat manfaat dari entry itu… kan? –Ok stop dulu melalut…!

Khilfi Eusoff Kamarul Azam, sudah menginjak 2 tahun 5 bulan, bulan ini. Mulut dah semakin pandai berkata-kata. 
“mmmm…cayyyaanngg amma!!”
“Cayyyaanngg appa!!”
"Cayyyaanng Aman!"
Rasa nak luruh jantung, hati, limpa segala..mendengarkan ungkapan sayang.….. Harapan kami mama papanya, biarlah sayangnya itu sampai bila-bila.. sampai kami tua.. sampai kami menutup mata. Insha Allah..
Bila dah terasa nanak besar, mulalah kami berkira-kira nak hantar nanak ke taska. Tapi kekadang terasa cam tak ke terlalu kecil untuk nanak sebesar Eusoff berhadapan dengan keadaan taska yang ramai budak, segala-galanya berkongsi… terpaksa bersaing untuk buat sesuatu…bermain, makan… dll.. Aisshhh bila memikirkan terasa takut pulak. –Sekarang Khilfi Eusoff kami hantar ke rumah pengasuh sahaja. Selain dari nanak ada lagi 2 orang anak yang dijaga, seorang sebaya Eusoff dan seorang baby. Dua-duanya lelaki..

Tunggu sikit masa lagi... biar usia 3-4 tahun... Mungkin time tu hati kami dah kental merelakan nanak keluar ke dunia luar yang lebih luas~~~~..


"nak cucu aye" [Nak susu saya]
 "eh..uit ayee" [Eh.. duit saya]
"Pong aye tu" [Telefon saya tu..]
"Papa aye..mama aye.." [Papa saya..mama saya]

dan banyak lagi..

Dah pandai menggunakan perkataan "saya" dalam ayat-ayat harian... Cam comel jer..
Alhamdulillah... tidak menggunakan ganti nama yang kasar cam "aku"... Semoga perkara baik ini biarlah berterusan dalam diri nanak.... Sampai bila-bila...Amin..


Banyak nau kalau nak di tulis satu persatu... 
Kalau boleh setiap perkembangan nanak, nak direkod...=)
Kenangan untuk hari mendatang, lagi-lagi bila nanak dah besar nanti...

Sebab suatu hari nanti saya pasti bakal merindui setiap momment manis ini..
........................................................................................................................................

Perkataan-perkataan pelik nanak setakat ini =p :

1. Rere - Coklat
2. Abad - Telur

Erkk..memang pelik bahasanyer....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015